SELAMAT DATANG KE BLOG MAKMAL ICT SK MASJID BARU. D/A SK MASJID BARU, 77100 ASAHAN, MELAKA. NO TEL : 06-5229098. NO FAX: 06-5229098. EMAIL : mba1008@ppdjasin.edu.my WEBSITE: myskmb.edunet.my SEMOGA ANDA DAPAT PENGETAHUAN DENGAN MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN.

PENGASAS

smile

JURUTEKNIK KOMPUTER.

NURUL AMIRA BT MD NASIR

PENTING!!!

PAPARAN TERBAIK JIKA ANDA INGIN MELAYARI BLOG INI ADALAH DENGAN MENGGUNAKAN GOOGLE CHROME & MOZILLA FIREFOX 4.0. KE ATAS PAPARAN BERMASALAH JIKA ANDA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER. HARAP MAAF ATAS SEGALA KESULITAN

DOWNLOAD GOOGLE CHROME:

CORAT-CORET

Jom Download Maklumat-Maklumat Berguna Seperti SOFTWARE, TUTORIAL, LAGU PATRIOTIK DAN CONTOH KEW-PA Di Menu 'MUAT TURUN'. Semoga Temui Apa yang Anda Inginkan ^_^

PAUTAN LAIN

JAWATANKUASA KERJA

JURUTEKNIK KOMPUTER.

NURUL AMIRA BT MD NASIR

smile

JURUTEKNIK KOMPUTER.

NURUL AMIRA BT MD NASIR

src="http://img413.imageshack.us/img413/2043/dsc0121qb.jpg" border="0" height="130" width="90" />alt=""/> alt=""/> alt=""/> alt=""/> alt=""/> alt=""/>

JOM CIT CAT




Selasa, 19 Oktober 2010














Hampir 2 minggu lagi, skmb akan mengadakan Minggu Bestari Sekolah Kebangsaan Masjid Baru. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah, Kuiz spontan ICT, karaoke ICT , permainan Giant Snake , bengkel photoscape , pameran robotik dan sebagainya. Kini murid-murid sedang bertungkus lumus untuk mencipta dan mereka robot-robot yang pasti kreatif untuk pameran sempena Minggu Bestari SKMB.






Isnin, 12 Julai 2010





















Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).
Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).













CPU atau unit pemprosesan pusat ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses.
Istilah unit pemprosesan pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang penting di dalam komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada komputer yang menggunakan cip mikropemproses moden.


















Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer.
Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.

  • menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan.
  • bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
    mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.

  • menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip terlalu pantas.
    Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.

  • Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.

  • Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.











Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.
Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengendalian tetingkap ( Window ) seperti Microsoft Windows, Linux dll. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan atur cara penerbitan meja. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.

Khamis, 8 Julai 2010
Pada hari ini akan diadakan mesyuarat PIBG skmb di Makmal ICT. Semoga mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan pelbagai perkara dapat diperbaiki dan dibincangkan antara guru-guru dan juga ibu bapa murid skmb






















Pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan robotik pada hari isnin akan datang sedang berusaha bagi membuat yang terbaik setelah meraih tempat ketiga bagi pertandingan robotik di Mahkota Parade pada 26 Jun 2010 yang lalu.
Semoga pelajar skmb meraih kemenangan untuk pertandingan robotik pada kali ini.


Rabu, 16 Jun 2010




Kelas komputer telah diadakan di makmal komputer sejak minggu pertama cuti persekolahan. Bagi murid tahap 1 iaitu tahun 1, 2 dan 3 telah bermula pada 8 jun sehingga 10 jun 2010. Subjek yang diadakan sepanjang pengajaran komputer ini adalah microsoft office yang merangkumi word dan power point serta aplikasi 'paint' bagi murid tahap 1 manakala bagi murid tahap 2 adalah microsoft office yang merangkumi word , power point dan excel. Kelas komputer ini mendapat sambutan dikalangan murid SKMB . Kelas komputer dapat mendedahkan murid tentang kepentingan ICT pada masa kini serta memberi ilmu kepada murid SKMB selaras dengan matlamat FS, JTK serta guru ICT untuk membudayakan ICT dikalangan murid dan guru.























































Selasa, 15 Jun 2010



































Pada 2 jun 2010 yang lalu Sk Masijid Baru menerima lawatan daripada guru dan murid Bedok Green Primary School (BGPS), Singapura. Seramai 4 orang guru bersama 37 orang murid BGPS telah hadir ke SKMB . Aktiviti seperti tayangan multimedia SKMB dan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa melayu oleh cikgu Ramziah bt. Othman (Guru Sains) dan cikgu Kamalruzaman b. Ahmad (Guru Matematik) telah diadakan di makmal komputer SKMB.


Selasa, 18 Mei 2010
Dapatkan DVD Multimedia yang mengandungi koleksi gambar SKMB di makmal ICT SKMB



Isnin, 17 Mei 2010
Matlamat ICT SKMB

Makmal ICT di Sekolah Kebangsaan Masjid Baru telah ditubuhkan pada 6 Disember 2006. Matlamat utama Makmal ICT sekolah adalah mewujudkan persekitaran ICT bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan falsafah pendidikan negara.Makmal ICT juga dijadikan sebagai satu ilmu yang dapat meningkatkan kemahiran dan memudahkan segala urusan selaras dengan perkembangan semasa.


Piagam Pelanggan

  • Memupuk keinginan untuk mendalami pengetahuan ICT dengan mengembangkan potensi pelajar secara optimum.
  • Meningkatkan penncapaian akademik mengikut potensi individu dengan menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan kemudahan ICT
  • Melahrkan pelajar yang celik IT.


Objektif Makmal ICT

  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT serta dapat memantapkan pentadbiran dan pengurusan dengan lebih cekap.
  • Misi Makmal ICTMenjadi sebuah Organisasi mantap yang menerajui SKMB dalam bidang teknologi maklumat dan pengkomputeran bagi menjamin warga sekolah mencapai tahap kompetensi yang optimum dengan memberi perkhidmatan yang cemerlang berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan.

Visi Makmal ICT

  • Melahirkan warga sekolah yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi serta dapat menggunakan teknologi ini untuk manfaat diri, keluuarga, masyarakat dan negara.

Peraturan Makmal ICT

  • Jangan bawa masuk makanan & minuman
  • Tanggalkan kasut dan stokin di luar makmal
  • Daftarkan nama pengguna dalam buku log yang disediakan
  • Pelajar hanya dibenarkan masuk pada waktu rehat atau dengan kawalan guru matapelajaran
  • Jangan 'install' sebarang perisian aplikasi ke dalam komputer, kecuali dengan kebenaran.
  • Jangan sambung apa-apa peralatan tambahan kepada komputer melainkan dengan kebenaran.
  • Pastikan semua komputer ditutup sebelum mmeninggalkan makmal ICT

FOLLOW FOLLOW ME




About Me