PENGASAS
CORAT-CORET
LAMAN LAIN
PAUTAN ISTIMEWA
JAWATANKUASA KERJA
JOM CIT CAT
Adakah anda mempunyai fail dokumen penting? tapi tidak tahu hendak simpan di mana, dan bimbang dokumen anda diceroboh oleh pihak lain, atau anda telah mencuba pelbagai jenis perisian untuk kunci dokumen penting, tetapi hampa kerana kesemuanya gagal. saya pasti ramai yang telah mencuba pelbagai jenis perisian untuk kunci folder penting (Folder Locker), kebanyakan perisian disyaratkan supaya anda membeli lesen, ada juga perisian percuma.
Kini anda boleh kunci folder penting tanpa menggunakan sebarang perisian! anda hanya perlu masukkan beberapa kod mudah, selepas itu anda boleh simpan pelbagai maklumat penting dan rahsia di dalam folder yang telah anda setkan password, hanya anda seorang sahaja yang dapat akses ke folder tersebut!
Di bawah ini adalah langkah untuk mencipta Folder Locker :
1)- Buat folder baru dan namakannya kepada Locker
2)- Muat turun atau copy kesemua kod dalam link di bawah
Download >> Folder Locker Code
3)- Paste kan kesemua kod ke dalam fail Notepad
4)- Tukarkan “taip password anda di sini” kepada password anda sendiri :
5)- Kemudian save fail Notepad tadi, pilih nama fail mengikut nama kegemaran anda, dan di akhirnya tambahkan .bat (contohnya : folder-rahsia.bat)
6)- Hasilnya anda akan lihat dua fail yang telah anda cipta, folder dan fail BAT :
7)- Untuk kunci folder, anda hanya perlu Double klik pada fail BAT (Notepad), taip Ydan tekan ENTER
8)- Manakala untuk membuka folder yang telah anda kunci, Double klik fail BAT (Notepad), kemudian masukkan password anda dan tekan ENTER
Selesai!..kini anda boleh simpan segala data-data dan maklumat penting ke dalam Folder Rahsia yang telah anda cipta. Mudah kan? tanpa menggunakan sebarang perisian!
Setiap pemacu USB Pendrive telah di setkan dengan background putih sama seperti background folder dalam windows. Mungkin anda sudah bosan dan ingin menukar background USB Pendrive kepada background imej yang pasti akan kelihatan lebih menarik berbanding background kosong yang bewarna putih. Jadi bagaimana cara untuk set background imej pada USB Pendrive?. Jika anda hendak tukar background USB Pendrive kepada background yang lebih menarik, anda perlu melakukan sedikit konfigurasi pada USB Pendrive anda. Cara yang akan saya tunjukkan di bawah ini boleh juga di gunakan pada Portable Hard Disk.
Ada 3 langkah mudah :
1)- Copy kesemua kod di bawah yang bewarna merah,dan paste kan dalam notepad, kemudian save kan fail notepad ke dalam pemacu USB Pendrive anda (namakan fail notepad kepada desktop.ini)… pastikan anda menyalin semula Double Quotes seperti ini ” } ]… salin sama seperti gambarajah di bawah :
[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
iconarea_image=”back.jpg”
iconarea_text=”0xFFFFFF”
2)- Pilih dan copy mana-mana imej pilihan anda, paste kan ke dalam pemacu USB Pendrive dan namakan imej tersebut kepada back.jpg
3)- setkan kedua-dua fail tadi (notepad & imej) kepada Hidden files. caranya klik kanan pada kedua-dua fail dan pilih Propertise >> Hidden Files.
Siap!..untuk melihat hasilnya,anda hanya perlu refresh. Hasilnya akan jadi seperti ini (contoh) :
FOLLOW FOLLOW ME
URL PILIHAN
- SJK (C) MACHAP UMBOO
- SMV DATUK SERI MOHD ZIN
- SJK (C) LENDU ALOR GAJAH
- SJK (C) PAYA MENGKUANG
- SJK (C) SANN YUH
- SJK (T) DURIAN TUNGGAL
- SJK (T) PEKAN TEBONG
- SMK SULTAN MANSOR SHAH
- SMK HANG KASTURI
- SMK DATO DOL SAID
- SMK RAHMAT
- SMK TEBONG
- SMK NANING
- SK PANGKALAN BALAK
- SK TANJUNG BIDARA
- SK PADANG SEBANG
- SK SRI LAKSAMANA
- SK MASJID TANAH
- SK HUTAN PERCHA
- SK MELEKEK
- PuAS JASIN
- SK KEMENDOR
- SK JASIN
- SK NYALAS
- SMK NYALAS
- SK PERINGGIT
- SK MERLIMAU 1
- SK BUKIT BERINGIN
- SK FELDA BKT SENGGEH
- SK BACHANG
- SK DATO' NANING
- SMK TELOKMAS






